Mengenai Kenderaan Keselamatan

PULANG DENGAN SELAMAT ADALAH KEUTAMAAN KAMI.

Pulang ke pangkuan orang tersayang dengan selamat adalah impian setiap pemandu lebuhraya.
Sama ada perjalanan ke tempat kerja atau tugasan harian, di mana kita sering mengendahkan tentang keselamatan. Kadangkala, dengan satu tindakan ianya dapat merubah kehidupan seseorang.
Kenderaan Keselamatan oleh Edgenta Infrastructure Services di lebuhraya Utara-Selatan PLUS adalah salah satu inisiatif bagi mengekalkan kondisi lebuhraya tanpa membahayakan nyawa pengguna lebuhraya, termasuk pekerja barisan hadapan yang sedang bertugas atau tidak dirancang seperti kerja-kerja pengalihan objek di atas lebuhraya.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menyokong inisiatif Pengenalan Kenderaan Keselamatan ini sebagai salah satu pengurusan trafik bagi meminimumkan risiko pekerja barisan hadapan serta pengguna lebuh raya.
Kesabaran dan kefahaman anda dalam mengalami latihan ini amatlah kami hargai kerana matlamat kami adalah untuk memastikan anda selamat pulang ke pangkuan orang tersayang.